Naruto Kun

Saturday, June 24, 2006

Membina Kejayaan Dalam Hidup

Ramai orang ingin hidup berjaya. Berjaya dalam pekerjaan, pelajaran, perkahwinan, dan sebagainya. Soalnya ialah bagaimana hendak berjaya. Maka pelbagai kaedah dicuba pakai untuk berjaya. Ada yang berjaya, ada yang gagal. Kadang-kadang kita disogokkan dengan maklumat palsu untuk berjaya, dan natijahnya adalah sebuah penyesalan. Dan dalam tempoh yang begitu lama kita "terperangkap " dalam "dunia maklumat palsu ", akhirnya kita tersedar juga.

Pengajaran dari pengalaman yang panjang ini mengajar kita bahawa dalam membina kejayaan yang hakiki di dalam hidup ini, kita perlukan sumber rujukan yang tepat, benar dan jujur.Maka barulah kita memperolehi kejayaan sebenar. Tanpa sumber rujukan yang tepat, benar dan jujur ini maka jadilah kita seperti mengejar "fatamorga " di padang pasir, kita akan terus dahaga dalam mengejar bayangan air.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home